SUPER MY PLANT FOOD BAJA ALAF BARU, MUDAH,MURAH,HASIL BERTAMBAH

MEMBEKALKAN ANAK BENIH IKAN KELI,TALAPIA MERAH, KOLAM KANVAS & MAKANAN IKAN

PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR

BERIKUT TERDAPAT BEBERAPA CARA PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN BERSAMA ANDA SEMUA.

 

Teknik pembenihan puyu


PENDAHULUAN
Ikan Papuyu merupakan ikan lokal air tawar yang mempunyai nilai ekonomis tinggi dan digemari oleh masyarakat Kalimantan terutama masyarakat Kalimantan Selatan, tetapi belum banyak dibudidayakan. Untuk itu diperlukan usaha pembenihan guna kontinuitas suplai benih yang memenuhi syarat kualitas dan kuantitasnva.
Usaha pembenihan bertujuan untuk menghasilkan benih dalam jumlah besar, sehingga tidak tergantung pada ketersediaan di alam yang pada akhirnya dapat menunjang kegiatan usaha pembesaran dan diharapkan dapat meningkatkan pendapatan petani ikan sekaligusdapat menunjang peningkatan produksi budidayanya. Juga turut serta dalam upaya pelestarian plasma nuftah pada umumnya dan khususnya ikan Papuyu.
BIOLOGI IKAN PAPUYU

Sistematika menurut Hasannudin Saanin (1984) sebagai berikut :
Phylum : Chordata
Sub Phylum : Vertebrata
Kelas : Pisces
Sub Kelas : Teleostei
Ordo : Labytinthichi
Famili : Anabantidae
Genus : Anabas
Species : Anabas testudineus Bloch
Nama Daerah : Betik Jawa dan Sunda, Papuyu (Banjarmasin), Puyu (Malaya) dan Kalimantan Timur, Geteh-geteh (Manado).
Nama Umum : Walking Fish atau Climbing Perch.
PEMBENIHAN
Tahapan kegiatan pembenihan ikan Papuyu meliputi seleksi induk. pemijahan. penetasan telur dan pemeliharan larva.
1. Seleksi Induk
a. Ciri-ciri induk jantan dan betina

Betina :
• Tubuh gemuk dan lebar kesamping,
• Warna badan agak gelap,
• Sirip punggung lebih pendek,
• Bagian bawah perut agak melengkung,
• Jika matang gonad pada bagian perut diurut akan keluar telur,
• Alat kelamin berwarna kemerah-merahan.

Jantan :
• Tubuh ramping dan panjang,
• Warna badan agak cerah,
• Sirip punggung lebih panjang,
• Bagian bawah perut rata,
• Jika perut diurut akan keluar cairan sperma berwarna putih susu.
b. Beberapa persyaratan induk
• Ukuran induk betina yang ideal diatas 90 gram dan jantan diatas 30 gram,
• Badan terlihat segar (tidak cacat) dan gerakannva lincah,
• Mampu menghasilkan telur dalam jumlah cukup banyak,
• Umur induk lebih dari 10 bulan,
• Pertumbuhannya cepat.


2. Pemijahan
a. Bahan dan alat
• Induk ikan papuyu yang matang gonad
• Ovaprim
• Aquabidest
• Akuarium ukuran 60 x 40 x 45 cm
• Alat suntik
• Alat aerasi (Hi-Blow/Aerator)
• Baskom, serok senter dan timbangan


b. Perlakuan
Ikan Papuyu memijah sepanjang musim penghujan, pada saat musimnya mampu memijah 2 - 3 kali dengan jumlah telur (fekunditas) 5.000 - 15.000 butir. Pemijahan dilakukan dengan induced breeding (kawin suntik) menggunakan hormon ovaprim, dosis penyuntikan 0,5 cc/kg induk. Perbandingan 1: 1 (dalam berat). Pemijahan dapat dilakukan di akuarium atau fibre glass. Penyuntikan secara intramuscular pada otot punggung induk. Induk betina 2 kali penyuntikan dan induk jantan 1 kali penyuntikan. Interval waktu penyuntikan I ke penyuntikan II adalah 6 jam. Penyuntikan induk jantan bersamaan pada saat penyuntikan II induk betina. Proses terjadinya ovulasi tanpa dilakukan stripping (pemijahan secara alami).


3. Penetasan Telur
Setelah penyuntikan II induk betina, maka ovulasi akan terjadi 5 jam berikutnya. Telur akan menetas dalam waktu 20 - 24 jam pada suhu 260C atau akan menetas dalam waktu 12 jam pada suhu 300C. Prosentase dari telur yang dibuahi sekitar 95% dengan daya tetas (HR) 95%. Penetasan telur bisa langsung di akuarium atau langsung ke tempat Pendederan I jika sudah siap.


4. Pemeliharaan Larva
Larva yang baru menetas tidak perlu diberi makanan tambahan sebab masih mempunyal cadangan makanan dari kantong kuning telur (yolk egg).Setelah larva berumur 4 hari diberi makanan tambahan berupa suspense kuning telur. Frekuensi pemberian pakan 3 kali sehari (pagi, siang dan sore) selama 10 hari. Setelah itu bisa diberikan makanan pellet yang dihaluskan. Masa kritis larva terjadi pada saat hari ke-7 sampai hari ke-14. Pendederan larva dilakukan di kolam semi permanen, dimana kolam tersebut terlebih dahulu dilakukan pengolahan lahan dengan diberi dosis pupuk dan kapur sesuai anjuran.
Pemeliharaan ini selama 45 hari dengan padat tebar 50 ekor/m . Selama masa pemeliharaan 45 hari benih ikan diberi pakan tambahan berupa pellet yang dihancurkan sebanyak 10 - 20% per hari dengan frekuensi pemberian 2 kali/hari. Umur 45 hari sudah mencapai benih ukuran 1 - 3 cm, dan benih bisa dipanen untuk di tebar ke kolam pendederan berikutnya.

                                                                                                                                                                       HAK MILIK DEDAP AGRO ENTERPRISE

Pembenihan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Bahan-bahan.

Induk yang telah matang

ii.Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk

iv. Tangki pengeraman

v. Pengudaraan

vi. jaring pelekatan telur

vii. Bulu ayam

viii. Mangkuk bersih

ix. Air suling

x. Kain kasa

xi. Kanular

 

Kaedah persenyawaan aruhan

1. 2. 3. 4.5.6.

 

Gambar 1.

Induk jantan

 

Gambar 2,

Induk betina

 

Gambar 3,

Induk jantan di bedah untuk mengambil sperm.

 

Gambar 4,

Sperm jantan yang telah di keluarkan daripada perut.

 

Gambar 5

Proses pengeluaran telur daripada induk betina

 

Gambar 6,

Perbezaan induk jantan dan induk betina(sebelah kiri jantan,sebelah kanan betina)

 

Kaedah persenyawaan kering ini digunakan untuk menyelaraskan masa peneluran dan penetasan yang dapat memudahkankan kerja pengurusan larva dilakukan.Kelemahan teknik ini adalah harga hormon yang mahal akibat daripada penggunaan dos hormon yang tinggi. Induk jantan juga terpaksa dibunuh dalam proses untuk mendapatkan testisnya. Sebagai penyelesaian, penggunaan hormon peransang Ovatide digunakan kerana harga yang lebih murah dan penggunaan dos yang lebih rendah.3.1.2.1 Penyediaan dan cara kerjaInduk-induk yang matang dipilih di waktu petang daripada tangki induk. Induk akan ditmbang dan diberi dos hormon secukupnya.(Ovaprim: 0.25mg/kg bagi induk jantan,0.5mg/kg bagi induk betina. Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan, 0.2mg/kg bagi induk betina) pada pukul 9.00 malam.

 

Selepas 12 jam, induk betina akan dilirit telurnya ke dalam mangkuk yang telah disediakan. Telur yang matang ialah telur yang mempunyai warna coklat kehijauan dan saiz serta bentuk yang sekata. Induk jantan akan dibedah dan dikeluarkan testisnya. Testis yang baik mempunyai saiz yang besar serta berwarna putih. Testis akan dipotong halus dan air mani akan dibiarkan bercampur dengan telur. Testis akan dipotong di atas kain kasa dan selepas selesai dipotong kain kasa akan diperah dan air suling digunakan untuk mencuci sisa air mani supaya mengalir ke dalam telur ikan dan tiada pembaziran berlaku.

 

Telur akan digaul bersama dengan menggunakan bulu ayam yang telah dicuci mengikut satu arah pusingan supaya ia sekata dan tidak rosak. Telur-telur akan ditabur ke dalam tangki pengeraman yang mempunyai substrat pelekatan telur atau tidak dengan menggunakan bulu ayam. Telur-telur akan diberi pengudaraan dan dibiarkan selama 24 jam. Selepas menetas, telur yang tidak menetas akan dialihkan dan air akan ditukar sebanyak 50% untuk mengekalkan kualiti air dan mengelakkan pembiakan penyakit. Larva akan diberi makan moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu.Kaedah persenyawaan secara semulajadiDalam kaedah ini,masa peneluran cuma dapat dijangka dan tidak dapat dipastikan. Jika suhu air kurang dari 28C, induk akan bertelur selepas 12 jam. Jika suhu air melebihi 28C, Induk akan bertelur selepas 10 jam.

 

Kaedah pembiakan semulajadi

Dalam kaedah ini induk jantan tidak akan dibunuh dan hormon peransang Ovatide disyorkan digunakan kerana keberkesanannya dan penggunaan dos yang rendah berbanding Ovaprim.Penyediaan dan cara kerjaInduk yang matang akan dipilih pada waktu petang. Induk akan ditimbang dan disuntik dengan hormon secukupnya.(Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan,0.2mg/kg bagi induk betina.) pada pukul 9 malam. Induk akan dibiarkan selama 12 jam maksimum untuk menghasilkan telur. Telur yang telah disenyawa akan dikeluarkan dan diletakkan dalam tangki pengeraman yang tidak mempunyai substrat pelekatan telur kerana keadaan telur yang telah sedia melekit dan melekat antara satu sama lain.

 

Selepas 24 jam telur-telur akan menetas jika tiada gangguan persekitaran terutamanya suhu dan pH. Larva akan diberi makan Moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu. PerbincanganPenggunaan Ovatide dapat menjimatkan kos sebanyak 50% berbanding ovaprim kerana dos yang digunakan adalah separuh dari dos Ovaprim. Harga kedua-dua bahan ini adalah hampir sama dan langkah ini dapat mengurangkan kos hormon. Hormon disuntik di waktu malam untuk mengurangkan stress kepada induk. Induk betina yang matang mempunyai abdomen yang besar dan lembut.Genital papilae mestilah panjang dan berwarna kemerah-merahan(ALAT KELAMIN INDUK JANTAN)

 

Kesimpulan.

Kebanyakan pembenihan ini gagal kerana masalah tangki penetasan yang terdedah kepada pengaruh cuaca. Jika hujan,kebanyakan pembenihan akan gagal dan tidak menetas. Kekurangan teknik yang betul juga menyukarkan pembenihan pada pertama kali, tetapi ia telah dapat diatasi untuk pembenihan yang berikutnya. Induk yang benar-benar matang akan menghasilkan benih yang berkualiti dan tahan lasak.

Penjagaan rega

 

Jadual 3: Pengurusan larva dan benih ikan keli diperingkat asuhan

Nota:

Jika penternak mempunyai kolam ternakan, pada minggu ke 6, benih sudah boleh dilepaskan di dalam kolam tersebut dengan mempraktikkan prosdur perlepasan (stocking) dan pemakanan yang ditetapkan.

 

Asas bagi penjagaan rega ialah makanan, mutu air dan penyakit dan ketiga-tiga ini berkaitan antara satu sama lain. Penjagaan rega ikan laga dibahagi kepada tiga bahagian berdasarkan kepada umur rega iaitu a) hari 1 hingga 4, b) hari 4 hingga 14 dan c) hari 15 hingga 30.

a) Hari 1 hingga 4
1 Makanan tidak diperlukan lagi sebab rega mendapat bekalan makanan dari sisa kuning telur. Kuning telur habis diserap oleh rega pada usia tiga hari
2 Tutup akuarium bagi menggelak perubahan suhu yang ketara terutama pada waktu malam (suhu turun 24 celsius). Rega biasanya berada hampir dengan permukaan air, suhu sejuk menyebabkan 'chilling' pada rega dan boleh melemahkan dan berakhir dengan kematian.

b) Hari 4 hingga 14
1 Makanan - kuning telur, infusoria, rotifer dan microworm
penyediaan kuning telur
Rebus sebiji telur ayam gunakan kuning sahaja
Cubit sebesar kuku jari kelingking campur dalam air 300ml
Blender selama 1 minit
Titiskan 2 atau 3 titik ke dalam akuarium 2 kali sehari

Jangan bubuh terlalu banyak jika tidak air dalam akuarium akan busuk akibat makanan yang tidak habis dimakan.

                                                                                                                                                                                                                                     HAK MILIK DEDAP AGRO ENTERPRISE

 

 



IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.

Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) .Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan.Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya. Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogram. Semasa proses mengawan, induk jantan dan betina akan berpasangan dan berenang beriringan selama beberapa minggu namun proses mengawan hanya akan berlaku apabila keadaan sesuai. Induk jantan akan melengkungkan badannya dan menghimpit badan induk betina dan pada peringkat ini, telur dari induk betina akan keluar dan akan disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7 sentimeter.

Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan. Musim pembiakan di dalam kurungan tidak begitu ketara kerana kurang dipengaruhi oleh persekitaran semula jadi. Namun, aspek pemakanan perlu diberikan perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang bersendirian walaupun masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya. Kelewatan memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesama sendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan sehingga anak ikan mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai dipasarkan. Bagaimanapun, eraman telur oleh induk jantan secara kaedah pembiakan semula jadi di dalam kolam akan mengurangkan kadar hidup anak Arowana. Justeru, kaedah terbaik bagi menjamin peratusan hidup anak ikan yang tinggi ialah menerusi kaedah in vitro.Pengeraman In-Vitro Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan masih mempunyai yolk sac dikeluarkan secara manual dan diasuh di dalam akuarium berukuran 90 x 45 x 45 sentimeter. Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah Celcius dengan memasang pemanas elektrik. Kedalaman air adalah kira-kira 20 sentimeter dan melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eramansemula jadi.

Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu diantara 26 hingga 33 darjah Celsius. Bagi pembiakan dalam kolam, jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai. Bekalan air diperlukan sepanjang tahun dari sumber semula jadi sama ada air bukit, sungai, empangan dan tasik. Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut:

Suhu air: 29 hingga 31 darjah CelciuspH: 6.5-8.5
Oksigen terlarut: 5ppm
Alkaliniti: 60-100 ppmCaCO3
Jumlah keliatan: 100ppm
Bacaan piring Secchi: 30 sentimeter
Ammonia: 1ppm


Aspek lain yang turut diberi perhatian dalam aktiviti penternakan ialah pembinaan dan penyediaan kolam.
Antaranya:
Pemilihan TapakTapak yang sesuai ialah kawasan yang tidak mengalami banjir, jauh dari kawasan industri dan punca pencemaran, tiada persaingan aktiviti pertanian dan perindustrian serta mempunyai prasarana yang lengkap.

Pembinaan kolamBentuk kolam yang sesuai ialah segi empat dengan nisbah kecerunan ban 2:1. Bagi memudahkan pengurusan, keluasan kolam yang sesuai ialah di antara 0.2-0.4 hektar dengan kedalaman air 0.75-1.2 meter. Dasar kolam hendaklah rata dan cerun ke arah saluran air keluar. Pembinaan kolam takungan di antara 20 hingga 30 peratus dari jumlah keseluruhan kolam adalah digalakkan bagi menjamin punca bekalan air yang mencukupi dan proses rawatan air dilakukan jika perlu.

PengapuranKolam yang dibina hendaklah dipastikan menepati parameter kualiti tanah dan air serta sesuai bagi aktiviti ternakan. Pengapuran diperlukan jika keadaan tanah berasid dan jenis-jenis kapur yang sesuai ialah kapur pertanian, kapur abu sejuk, kapur abu panas dan dolomite.
PembajaanBaja organan dan bukan organan sesuai digunakan dan kepekatan nitrogen dan fosforus yang sesuai ialah masing-masing 0.95ppm dan 0.15ppm. Terdapat beberapa kaedah ternakan ikan Arowana yang dicadangkan antaranya ialah ternakan kolam tanah.

Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan sistem ternakan berkenaan.Ternakan Induk Untuk tujuan pembiakan, induk Arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu dengan aspek sumber air semula jadi di beri perhatian yang utama. Arowana jarang dijangkiti penyakit namun, pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.

TaburanSebanyak 20 ekor induk berumur empat tahun dipelihara di dalam dua buah kolam ternakan tanah bersaiz 0.2 hektar dengan nisbah jantina 1:1.

PemakananBagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung. Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan dalam tangki akuarium.

Pungutan HasilBagi ternakan secara semula jadi, anak ikan perlu ditangkap apabila mula dilihat berenang bebas dan disimpan di dalam tangki auarium dengan saiz bersesuaian. Bagi kaedah in-vitro pula, anak ikan yang berenang bebas tanpa yolk sac perlu diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan lain dan diberi makanan hidup sehingga mencapai saiz 5-7 cm sebelum dipasarkan.

PasaranHarga ikan meningkat berdasarkan saiz namun bagi pasaran tempatan, harga ikan berbeza mengikut lokasi dan secara puratanya bagi ikan yang berkualiti di antara RM250 hingga RM900 pada saiz 6-9 inci.
Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit CITES.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan. Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa.

Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

 

                                                                                                                                                                         

 HAK MILIK DEDAP AGRO ENTERPRISE

 

 

Pembenihan Ikan Baung (Mystus Nemurus) 

 


Pemeliharaan Induk
Pemeliharaan induk dilakukan di kolam induk yang berukuran 600 m2 dengan kedalaman air rata-rata 1 m dengan padat tebar 15 ekor /m2. Selama pemeliharaan induk diberikan pakan berprotein minimal 28% sebanyak 2% dari total Biomass/hari dengan frekuensi pemberian pakan dua kali sehari yaitu pada pagi hari dan sore hari.


Seleksi Induk
Pengecekan tingkat kematangan gonad induk betina yang siap pijah dapat dicirikan perut yang membesar dan lembek bentuk badan yang agak melebar dan pendek. Pada sekitar lubang genital agak kemerahan dan telur berwarna kecoklatan. Ukuran diameter telur ikan baung yang siap dipijahkan dan mampu berkembang dengan baik berkisar 1,5 sampai 1,8 mm dengan rata-rata 1,6 mm. Telur yang bagus dapat dilihat intinya sudah menepi dan tidak terjadi penggumpalan jika diberi larutan sera.
Sedangkan untuk induk jantan yang siap dicirikan dengan ujung genital papilla (penis) berwarna merah yang panjangnya sampai ke pangkal sirip anal. Cairan sperma ikan baung ini berwarna bening.
Pemijahan dilakukan secara buatan dengan penyuntikan hormon. Jenis hormon yang digunakan adalah ovaprim denga dosis 0,5 cc/kg induk betina dan 0,3 cc/kg untuk induk jantan.


Induk ditampung dalam wadah fiber/waskom/aquarium yang berfungsi sebagai tempat inkubasi induk. Induk ditimbang beratnya untuk menentukan jumlah hormon yang akan digunakan. Penyuntikan induk betina dilakukan 2 kali dengan interval waktu penyuntikan 6 jam, untuk penyuntikan I digunakan 1/3 dari dosis dan 2/3 sisanya untuk penyuntikan ke II. Sedangkan untuk induk jantan dilakukan sekali penyuntikan yaitu waktu penyuntikan kedua pada induk betina. Penyuntikan dilaksanakan secara intra muskular di bagian kiri/kanan belakang sirip punggung. Posisi jarum suntik terhadap tubuh induk membentuk sudut 30o - 40o sejajar dengan panjang tubuh.
Waktu ovulasi berkisar antara 6 - 8 jam setelah penyuntikan ke II (kisaran suhu 29o - 31o ditandai dengan keluarnya telur bila dilakukan pengurutan pada bagian perut.


Pembuahan

Pengambilan sperma dilakukan dengan pengurutan ke arah lubang genital dan dengan spuit yang sudah diisi dengan larutan NaCl 0,9% dengan perbandingan 4 cc NaCl dengan 1 cc sperma. Pembuahan buatan dilakukan dengan cara mencampurkan telur dengan sperma kemudian diaduk dengan bulu ayam searah jarum jam selama kurang lebih 2 - 3 menit secara perlahan sampai tercampur rata, lalu diberi air bersih. Selanjutnya telur ditetaskan di dalam aquarium.


Penetasan Telur
Penetasan dilakukan pada substrat buatan yang diletakkan menggantung di aquarium. Hal ini dikarenakan telur ikan baung memiliki daya rekat yang tinggi sehingga telur tersebut menempel kuat pada substrat. Setelah telur menetas larva akan jatuh ke dasar aquarium dan larva baung bersifat bergerombol dan lebih suka berada di dasar aquarium. Sedangkan telur yang tak menetas tetap menempel pada substrat.


Pemeliharaan Larva
Panen larva dilakukan setelah larva berumur 6 - 8 jam setelah menetas dengan cara disifon dengan selang plastik dan ditampung dalam waskom atau dengan menggunakan serok halus dan dihitung kepadatannya. Selanjutnya baru dilakukan penebaran di media pemeliharaan larva. Padat penebaran yang digunakan dalam pemeliharaan larva ikan baung ini 20 ekor/liter.
Larva yang baru menetas berukuran 0,5 cm dengan berat 0,7 mg. Selama pemeliharaan larva, pakan yang diberikan adalah nauplii Artemia sp dan cacing rambut diberikan setelah larva berumur 8 hari. Frekuensi pemberian pakan dilakukan 5 kali per hari yaitu pada pukul 07.00, 11.00, 15.00, 19.00, dan 23.00 WIB. Agar kualitas air tetap baik dilakukan penyifonan kotoran yang mengendap di dasar aquarium. Penyifonan dilakukan 1 x per hari pada pagi hari sebelum pemberian pakan.


Pendederan
Sebelum dilakukan penebaran benih, terlebih dahulu dilakukan persiapan kolam pendederan yang meliputi pengeringan kolam, perbaikan pematang, pengolahan tanah dasar kolam dan pembuatan caren (kemalir). Dalam kegiatan persiapan kolam juga dilakukan pemupukan, pengapuran, pengisian air dan inokulasi moina sp. dengan kepadatan 10 juta individu/500 m2
Pengolahan dasar kolam dilakukan dengan cara pembalikan tanah dasar kolam, diratakan dengan pembuatan kemalir dengan kemiringan 0,5 - 1% ke arah pintu pengeluaran. Setelah pengolahan tanah, dilakukan pemupukan dengan pupuk kandang (kotoran ayam petelur) dengan dosis 60 gr/m2. Penjemuran kolam dilakukan selama 3 hari lalu diisi air secara bertahap sampai ketinggian air 90 cm.
Inokulasi Moina sp dilakukan sehari setelah pengisian air. Kolam didiamkan selama 3 - 4 hari agar ekosistem kolam dapat mencapai keseimbangan dan Moina sp berkembang biak. Sebelum benih ditebar di kolam dilakukan pengukuran kualitas air yang meliputi suhu, oksigen dan pH.
Penebaran banih dilakukan pada hari ke-8 dari awal persiapan kolam (3 hari setelah penebaran Moina sp). Penebaran benih dilakukan pagi atau sore hari untuk menghindari stress. Benih yang ditebar berukuran rata-rata 2,4 cm dengan padat tebar 20 ekor/m2 Pemeliharaan benih dilakukan selama 4 minggu. Setelah penebaran, benih diberi makan berupa pakan komersial (pellet) yang dihancurkan dengan kadar protein 28 - 30% sebanyak 25 - 100% total biomassa/hari. Total pemberian pakan tersebut adalah sebagai berikut :
• Minggu I : 100%,
• Minggu II : 80%
• Minggu III : 70%
• Minggu IV : 30%
Frekuensi pemberian pakan 3 x sehari pagi, siang dan sore .
Pemanenan
Pemanenan dilakukan dengan menjaring ikan dalam kolam menggunakan jaring, selanjutnya ditampung dalam hapa penampungan dan diberok selama 1 hari. Sebelum dilakukan pendistribusian benih pada pembudidaya ikan, benih terlebih dulu diseleksi sesuai ukuran.
Benih dikemas dalam kantong plastik ukuran 60 x 90 cm. Kepadatan per kantong tergantung pada ukuran benih dan waktu tempuh.

                                                                                                                                                                        HAK MILIK DEDAP AGRO ENTERPRISE

                       

Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)

 

 Bahan-bahan:
a) Batu-bata Tangki
b) Tangki 1 tan Pembiakan
c) Pengudaraan Tilapia
d) Kanular atau kateter
e) Tilapia starter pellet.

Pembiakan secara semulajadiPembiakan secara semulajadi diadaptasi kerana faktor ikan tilapia sudah dibuktikan mampu dibiakkan dalam kurungan. Teknik ini juga mampu menghasilkan benih yang banyak berdasarkan kepada kematangan induk dan kesesuaian persekitaran.

Penyediaan dan cara kerja
Sarang tilapia akan disediakan terlebih dahulu dengan menyusun batu-bata ke dalam tangki yang telah disediakan. Jumlah sarang yang dibina adalah berdasarkan jumlah induk jantan yang dimasukkan ke dalam tangki pembiakan.(Nisbah induk 3 betina:1 jantan). Dalam proses ini 5 induk jantan dan 15 induk betina telah dimasukkan ke dalam setiap tangki pembiakan. Ikan tilapia akan mula bertelur selepas air betukar menjadi hijau. Penutup boleh digunakan untuk mengurangkan pendedahan cahaya ke dalam tangki.

Induk akan diberi makan Tilapia starter pellet untuk memastikan sumber protein yang tinggi mencukupi untuk proses pembiakan. Induk akan diberi makan setiap hari dan diberi pengudaraan untuk memastikan parameter air berada pada tahap optimum. Larva ikan yang berenang di permukaan akan ditangkap setiap hari dan diletakkan di dalam tangki asuhan. Telur ikan juga boleh dikeluarkan daripada mulut induk dan dilakukan proses pengeraman(incubating). Larva akan diberi makan Moina untuk 3 hari pertama dan pellet hancur untuk hari seterusnya.PerbincanganInduk betina ditentukan dengan ketiadaan warna dan corak pada sirip anal dan abdomen yang besar. Induk jantan pula ditentukan dengan adanya corak dan warna pada sirip anal. Cara penentuan jantina ini kebanyaknya betul pada tilapia hibrid tetapi menimbulkan masalah kepada spesies tilapia eksotik yang mempunyai warna dan corak yang menarik pada betina.

Kesimpulan

Proses pembiakan secara semulajadi bukan sahaja murah tetapi berkesan. Ini kerana ikan tilapia telah lama dibuktikan dapat membiak dalam kurungan dengan baik. Penggunaan hormon dalam proses ini tidak diperlukan dan hanya induk yang matang dan sihat sahaja diperlukan. Kaedah ini baik tetapi perlu dilakukan pengeraman di luar untuk penetasan yang lebih sekata dan memudahkan pengurusan larva

                                                                                                                                            HAK MILIK DEDAP AGRO ENTERPRISE

 

Ikan kututu (Marbled goby )

 

 


Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.
Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu
Sistem Ternakan
Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti
Ternakan kolam tanah
Tangki fiber glass
Tangki aquarium
Kolam konkrit

Ternakan ketutu dalam tangki aquarium bagi yang mempunyai kawasan yang terhad
Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.


Antara modul ternakan yang diguna pakai
Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh <> 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran


Makanan
Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
Daging ikan yang dipotong-potong
Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.


Bekalan anak benih
1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.
2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.
Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah < 20% membantut usaha penternakan ketutu pada skala besar.
Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.

                                                                                                                                                                                                         HAK MILIK DEDAP AGRO ENTERPRISE

 

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA KAMI UCAPKAN..

 

 P/S

**KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAP ATAS KEGAGALAN DAN KERUGIAN ANDA..YANG BAIK DATANG DARI ALLAH,YANG BURUK DATANG DARI DIRI SENDIRI

 

 



 

URUSNIAGA

Sebarang urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia ( RM ). Pembayaran melalui pemindahan wang dari bank / ATM perlulah disertakan dengan resit , maklumat berikut diperlukan:
1.no.rujukan,
2.tarikh,
3.lokasi,
4.masa transaksi dan
5.jumlah wang yang dimasukkan

sebagai bukti pembayaran. Sila sms butiran tersebut ke talian hubungi yang tertera di bawah. Pembayaran penuh diperlukan sebelum produk diserahkan kepada pelanggan. Harap maklum.



NO.AKAUN BANK:

1580-6060-9139 MAYBANK

MUHAMMAD AMIR FAHMI BIN MOHAMED RAMLE


KLIK UNTUK PEMBAYARAN:



HUBUNGI SAYA :

017-5497273 / 012-5747443 (FAHMI)

dedapagro chat






PROMOSI TERKINI

PAKEJ KANVAS

1. 16' x 7 'x 3' (BINGKAI BESI)

2. Benih keli 2 inci 5000 ekor

3.Pellet grower 2 beg (jenama cargill)


TOTAL=RM 1200.00


PAKEJ KANVAS

1. 12 'x 6 x3' (BINGKAI BESI)

2. Benih keli 2 inci 2000 ekor

3. Pellet grower 2 beg (jenama cargill)


TOTAL=RM 826.00


PAKEJ KANVAS

1. 10 'x 5 x3' (BINGKAI BESI)

2. Benih keli 2 inci 1500 ekor

3. Pellet grower 2 beg (jenama cargill)


TOTAL=RM 730.00

 



DEPOSIT 50% DIPERLUKAN UNTUK SETIAP TEMPAHAN PAKEJ KOLAM KANVAS


**

CAJ PENGHANTARAN BERGANTUNG KEPADA TEMPAT

 



 

 

 

 



IKLAN




Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH




Send to a friend

Users Online Now